Terma & Syarat

SYARAT-SYARAT PENERIMAAN TAWARAN PERKHIDMATAN UMRAH

 

1. Jemaah hendaklah menghubungi AB Pesona Travel & Tours Sdn Bhd di talian 04-7321130 (Alor Setar) untuk memastikan kekosongan pada pakej yang dipilih. Nyatakan jenis bilik yang dikehendaki (Berdua/ Bertiga / Berempat).

2. Semasa berdaftar, jemaah hendaklah menetapkan jenis bilik yang dikehendaki, sekiranya ingin bilik berempat (Quad) mesti datangkan empat orang atau menunggu jemaah lain untuk menumpang sekiranya ada. Sekiranya tidak, jemaah mungkin dicas mengikut kekosongan jenis bilik yang sedia ada.

3. Kanak-kanak berumur di bawah 2 tahun (infant) hanya dikenakan harga tiket penerbangan dan visa (lebih kurang RM1500), kecuali visa ziarah @ pelancong.

4. Cas tambahan Visa Umrah sebanyak SAR2000 dikenakan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada mereka yang menunaikan umrah lebih dari sekali dalam tahun Hijrah yang sama.

5. Setiap tempahan hendaklah disertakan dengan wang pendahuluan sebanyak RM1000 seorang dan bayaran kedua sebanyak RM1000 seorang selepas 3 minggu pendaftaran. Bayaran penuh hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 70 hari sebelum tarikh berlepas bagi mengelakkan pembatalan tiket.

6. Pembayaran terus melalui wang tunai / perbankan atas talian / cek kepada : AB PESONA TRAVEL & TOURS SDN BHD. No akaun BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD : 0201-0002-5367-16 

7. Perubahan harga mengikut kadar matawang semasa Malaysia-Arab Saudi.

8. Aturcara perjalanan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

9. Pendaftaran pakej tertakluk kepada Terma & Syarat.

10. Semua pakej umrah tertakluk kepada syarat kelulusan Visa dari Kedutaan Arab Saudi.

 

PAKEJ UMRAH TERMASUK

1. Tiket penerbangan kelas ekonomi.

2. Cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.

3. Pengurusan permohonan Visa Umrah (Tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Arab Saudi). 

4. Penginapan, makan dan minum serta kenderaan di dua Tanah Suci sepertimana dinyatakan dalam pakej.

5. Pemilihan tempat ziarah adalah bergantung kepada kelulusan Kerajaan Arab Saudi, dan tertakluk kepada sebarang perubahan.

6. Insuran berkelompok.

7. Air Zam-Zam (Pihak AB PESONA TRAVEL & TOURS SDN BHD tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan Air Zam-Zam di atas apa-apa alasan sepanjang perjalanan dari Tanah Suci ke Malaysia)

8. Beg pakaian, beg silang, beg kasut dan cenderamata diberikan secara percuma.

 

PAKEJ UMRAH TIDAK TERMASUK

1. Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (porter) dan di hotel.

2. Penggantian bagasi/barangan peribadi yang hilang di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan lebihan timbangan bagasi. 

3. Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api. 

4. Tambahan cas visa bagi jemaah bukan warganegara Malaysia.

5. Makan minum semasa transit melainkan dinyatakan secara khusus.

 

MENARIK DIRI / PEMBATALAN

Permohonan pembatalan tertakluk kepada perkara 3.2.1 dan 3.2.2 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 seperti berikut:

PEMBATALAN PAKEJ

Permohonan pembatalan tertakluk kepada 3.2.1 dan 3.2.2 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 seperti berikut:

Perkara 3.2.1:
Pembatalan 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM 30.00 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan.

Perkara 3.2.2:

22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas pelucutan deposit pelancongan
15-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas 35% daripada tambang pelancongan
08-04 hari bekerja sebelum tarikh berlepas 50% daripada tambang pelancongan
03-07 hari bekerja sebelum tarikh berlepas 75% daripada tambang pelancongan
02 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas 100% daripada tambang pelancongan
Caj tambahan jika perlu:
  1. Bayaran visa penuh, sekiranya bayaran visa telah dibuat.
  2. Bayaran RM200 sekiranya beg atau buku panduan tidak dipulangkan dalam keadaan sempurna.
© 2018 abtravel.com.my. All Rights Reserved.