PENGENALAN

Sejarah Syarikat

AB Pesona Travel & Tours ditubuhkan pada 6 Jun 2006 dengan status 100% milikan Bumiputera beserta modal berbayar RM 1,000 000.00. Dasar utama AB Pesona adalah untuk menjadi peneraju utama dalam industri pelancongan serta menyediakan perkhidmatan tempahan pelancongan yang premium, berkualiti dan kompetitif seperti tempahan tiket kapal terbang dan tempat penginapan, sewaan bas persiaran dan sebagainya.

AB Pesona Travel & Tours merupakan agensi pelancongan dan pengembaraan yang berdaftar secara sah dengan Kementerian Pelancongan Malaysia (MOTAC).

AB Pesona Travel & Tours telah dilesenkan untuk menjalankan segala aktiviti perniagaan pengendalian pelancongan dalam dan luar negeri, agensi pengembaraan (Inbound/Outbound/Ticketing) dan Lesen Khas Umrah (LKU).

AB Pesona Travel & Tours menyediakan pakej-pakej pelancongan Muslim, pakej Pelajar, pakej Bulan Madu, pakej Budget, pakej Free & Easy, pakej melibatkan aktiviti-aktiviti lasak dan sebagainya. AB Pesona Travel & Tours adalah ahli yang aktif dalam Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA), Bumitra dan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH).

Pihak AB Pesona Travel & Tours akan terus-menerus berusaha untuk menjadi peneraju utama dalam industri pelancongan dengan memberikan kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan dan pakej-pakej yang disediakan.

 

Sebarang tempahan dan maklumat lanjut sila hubungi atau ke premis kami:

 

AB Pesona Travel & Tours Sdn. Bhd.

No. 149-1, Tingkat Bawah, Kompleks Alor Setar,

Lebuhraya Darul Aman, 05100,

Alor Setar, Kedah.

Tel: +604-7321130  Faks:+604-7354385

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

© 2018 abtravel.com.my. All Rights Reserved.